Portal Rasmi

Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands

Visi

Menerajui pembangunan komprehensif untuk kesejahteraan Cameron Highlands melalui tadbir urus yang cekap dan berkesan

Misi

Ke arah Cameron Highlands yang lestari dan mampan

Tentang Kami

Latar Belakang Penubuhan

Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) diluluskan di Dewan Undangan Negeri pada 22 November 2019. PKCH telah diwartakan pada 31 Disember 2019 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020 berdasarkan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands 2019 (Enakmen 20).

PKCH dipengerusikan oleh YAB, Menteri Besar Pahang, YB Setiausaha Kerajaan Pahang sebagai Timbalan Pengerusi, lima(5) wakil Kerajaan Negeri, tiga (3) wakil Kerajaan Persekutuan dan dua (2) wakil swasta. PKCH ditakbir urus dengan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

Matlamat dan Objektif Utama Perbadanan

  1. Menyelaras, mengurus, mengawal dan memantau pembangunan komprehensif di Cameron Highlands secara bersepadu.
  2. Menjadikan Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.
  3. Membangunkan Cameron Highlands sebagai pengeluar produk pertanian secara komersial
  4. Menjadi pemangkin kelestarian dalam aspek pembangunan ekonomi, fizikal dan social.

Struktur Organisasi

Contact Us


Pejabat Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

Email: [email protected]
Groups & Events: [email protected]

Telephone : +60 54851320
Fax : +60 54851320