PORTAL RASMI PKCH

Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands

25/05/2026

(𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 𝟒 𝐄𝐊𝐀𝐑) HEBAHAN CARTA ALIR PERMOHONAN PROJEK PELABURAN PKCH

Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands menyediakan Carta Alir Permohonan Projek Pelaburan yang 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟒 𝐞𝐤𝐚𝐫 sebagai panduan dan rujukan kepada syarikat, agensi kerajaan serta pihak berkepentingan yang ingin mengemukakan cadangan projek pelaburan di atas tanah Kerajaan atau tanah PKCH.

Carta alir ini menerangkan secara ringkas proses permohonan bermula daripada penghantaran kertas kerja, semakan dan penilaian teknikal oleh jabatan serta agensi berkaitan, pertimbangan melalui mesyuarat jawatankuasa sehingga kepada keputusan dan kelulusan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Disertakan juga senarai semak permohonan sebagai panduan kepada pemohon bagi memastikan dokumen dan maklumat yang diperlukan adalah lengkap sebelum permohonan dikemukakan.

Pelaksanaan proses ini bertujuan memastikan setiap cadangan projek pelaburan dinilai secara teratur, telus dan selaras dengan dasar pembangunan, konservasi serta kepentingan daerah Cameron Highlands.

📌 Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Seksyen Pelaburan dan Perniagaan, Bahagian Pelaburan, PKCH

Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands


C-2-3A & C-2-8, Tingkat 2
Cameron Fair, Jalan Camelia
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands

[email protected]

+60 54851320

Senarai pautan media sosial kami