Larangan Membuat Pernyataan Awam Di Bawah Peraturan 24 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pahang) 2015, PHG.P.U.30. melarang mana-mana pegawai awam daripada membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar kerajaan, memalukan, atau menjejaskan imej perkhidmatan awam
Menurut subperaturan 24. (1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pahang) 2015, Phg. P.U.30 menyatakan seseorang pegawai tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain:
(a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan Persekutuan atau Negeri tentang apa-apa isu;
(b) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau
memburukkan nama Kerajaan Persekutuan atau Negeri;
(c) membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan
atau keputusan Kerajaan Persekutuan atau Negeri; dan
(d) mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan, sama ada yang dibuat
olehnya atau mana-mana orang lain.
Manakala subperaturan 24. (2) memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain:
(a) membuat apa-apa ulasan tentang kelebihan apa-apa dasar, rancangan
atau keputusan Kerajaan Persekutuan atau Negeri;
(b) memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan
perjalanan fungsi Kerajaan Persekutuan atau Negeri;
(c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau
laporan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri; atau
(d) menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain, melainkan jika kebenaran bertulis, sama ada secara am atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada Menteri Besar.
Subperaturan 24. (3) menjelaskan subperaturan (2) tidaklah terpakai bagi apa- apa ulasan, maklumat atau penjelasan dibuat, diberikan atau disebarkan jika kandungan ulasan, maklumat atau penjelasan itu telah diluluskan oleh Menteri Besar.
Subperaturan (4) pula menyatakan bagi maksud ini, "pernyataan awam" termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya.
Pernyataan awam hanya dibenarkan jika pegawai tersebut telah diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri atau Ketua Jabatan, atau jika ia dibuat khusus untuk bidang tugas rasmi pegawai berkenaan.
Jika didapati melanggar peraturan ini, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja sebagaimana diperuntukkan di bawah P.U. (A) 395/1993.
Anda boleh layari [Portal Rasmi SPA Pahang](https://spa.pahang.gov.my/penerbitan/pekeliling/2015) untuk maklumat lanjut.