Teras Perniagaan
Pajakan dan Penyewaan Tanah
PKCH memiliki 13,000 ekar tanah yang telah dibahagi kepada beberapa fasa di mana model pengurusan diuruskan oleh Pahang Corp. Setiap perjanjian sewaan dan pajakan tanah perlulah ditandatangani dan memastikan kelulusan diperoleh dalam masa yang ditetapkan. PKCH juga sedang dalam proses pencarian lot pajakan baharu serta terdapat beberapa proses pajakan serta sewaan baharu yang sedang berjalan.
Sewaan Gerai
PKCH memiliki 48 buah gerai yang telah diambil alih daripada Pembangunan Luar Bandar untuk sewaan. Selain itu, PKCH dalam proses pengambilalihan 400 unit gerai daripada pihak Majlis Daerah Cameron Highlands. Anggaran sewaan gerai adalah sebanyak rm200 hingga rm500 sebulan bagi setiap gerai yang disewakan.
Papan iklan yang berbentuk elektronik akan dibangunkan di sekitar kawasan Cameron Highlands. Pada fasa 1, pembinaan papan iklan digital adalah di kawasan tanah rata di mana tujuan pembinaan papan iklan tersebut adalah untuk tujuan komersial dan juga sokongan siar raya informasi utama oleh pentadbir kawasan. Projek papan iklan adalah berbentuk usahasama dengan syarikat luar. Proses pembinaan papan iklan digital masih dalam pemilihan dan pelantikan vendor.
Pasar malam 2.0 adalah satu projek PKCH yang dirancang untuk dibangunkan di satu kawasan berlainan daripada kawasan pasar malam yang sedia ada di Cameron Highlands. Pembinaan tapak pasar malam 2.0 juga masih dalam proses pelantikan vendor.
Contact Us
Pejabat Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur